Tazkirah dan Renungan

Assalamualaikum wbt..!


Tuan-tuan yang mulia, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan pengunjung blog ini tentang satu berita besar, satu berita yang telah disampaikan oleh nabi besar kita nabi Muhammad SAW. Iaitu berita tentang akhirat. Bukan sahaja nabi kita bahkan seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul telah menyampaikan berita tentang kehidupan selepas mati.



Tuan-tuan, kita telah mengetahui bahawa hidup ini hanya sebentar, dunia tempat kita membuat persiapan, persiapan bekal ke alam seterusnya. Kita telah tahu adanya surga dan neraka, sekarang mari kita timbang-timbang dan fikirkan secara sungguh-sungguh, tanya diri kita sendiri beberapa soalan...! adakah kita boleh lulus atau gagal dalam ujian kehidupan ini, ok mari;


Apabila kita berjalan ke satu destinasi, kita perlu pandang kebelakang untuk menilai berapa jauh kita telah pergi dan berapa jarak lagi kita akan sampai, yang telah pergi kita sukuri, yang akan datang kita harapkan.


******


Soalan 1. Adakah anda yakin amal anda cukup dijadikan bekal untuk menempun kehidupan yang panjang tidak berkesudahan selepas ini?


Soalan 2. Adakah iman anda mampu membenci dan menolak segala jenis dosa dan maksiat yang bermaharajalela?


Soalan 3. Adakah anda merasa anda boleh jawab pertanyaan malaikan nungkar dan Nakir dalam kubur?


Soalan 4. Adakah anda telah berjaya untuk mengapai solat yang kusyu'? kerana solat kusyuk membawa kepada kejayaan.


Soalan 5. Adakah anda merasa dapat bertahan semasa berada di padang Mahsyar berpuluh ribu tahun semasa menunggu perbicaraan di Mahkamah Ilahi, yang mana hakimnya adalah Allah swt sendiri. Adakah anda tidak merasa gentar?


Soalan 6. Adakah anda yakin dapat melintasi titian sirath menuju surga yang panjangnya 1500 tahun perjalanan? jika tergelincir akan masuk kedalam neraka.


Soalan 7. Adakan anda merasa cukup selesa dengan kehidupan dunia ini dan tidak merasa risau dengan tahap persediaan iman dan amal anda sekarang?

Soalan 8. Jika maut datang secara tiba-tiba selepas ini adakah anda telah bersedia?


Baiklah, jika anda telah membaca sampai perkataan ini, tahniah anda ada keinginan untuk tahu, teruskan jangan takut dan malas untuk menerima peringatan, teruskan membaca :)



*******

Soalan diatas akan saya jawab pada perenggan yang terakhir, sementara itu mari kita imbas kembali tentang maksud kita ini diciptakan. 

Semasa kita dialam roh, semua roh telah menghadap kepada Allah tuhan semesta alam, lalu tuhan bertanya "Adakah aku ini tuhan kamu?" maka semua roh menjawab "bahkan, kami menyaksikan"

Semua roh telah mengaku bahawa Allah adalah Robb, iaitu tuhan yang menyempurnakan segala keperluan roh dan menyaksikan sendiri perkara-perkara yang diperlihatkan, tidak ada keraguan walau sedikit bahawa Allah adalah tuhan semesta alam.

Kesemua roh memberi kesaksian yang sesungguhnya! Lailahaillallah. Tidak ada tuhan melainkan Allah swt. Mereka menyaksikan sendiri apa yang mereka diberi saksikan. Dialam roh ini tuan, tidak sama dengan kehidupan dunia, dialam roh adalah alam TANPA sebab(Null sebab), roh jadi kenyang tanpa sebab makan, roh menjadi segar bugar tanpa perlu zat-zat vitamin, roh tidak lemah dan rosak tanpa apa-apa, roh mendapat ilmu tanpa belajar, dapat memahami tanpa hati, dapat faham tanpa otak, dapat melihat tanpa mata, dapat mendengar tanpa perlu kepada telinga, dapat bergerak tanpa perlu kepada kaki.

Kita tidak tahu sebenarnya di alam roh, pengetahuan tentang roh tidak diberi banyak kepada kita, kerana roh itu urusan tuhan. Bukan urusan kita. Namun cukuplah kita tahu serba sedikit dari pengetahuan agama. Cukup kita beriman sahaja, jangan bertanya lagi. Seperti itulah lebih kurangnya.

Setelah perjanjian dibuat, bahawa Allah adalah robb maka roh dilepaskan kealam dunia untuk menempuh ujian kehidupan dalam dunia ASBAB. Iaitu dunia yang penuh sebab musabab. 














No comments:

Post a Comment

Punca kekayaan negara

Negara kaya rakyat bahagia. Kunci kekayaan negara terletak pada hasil buminya, kerana dari bumi keluar segala khazanah  secara percuma dan b...