Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, jika kita ingin berkomunikasi dengan bangsa luar kita terpaksa bertutur dalam bahasa inggeris. Namun dianggarkan 80% bangsa melayu tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris walaupun telah mempelajarinya sejak berusia 7 tahun, apakah sebabnya.
Jawapannya, sebagai contoh saya buat perbandingan supaya mudah difahami. - Saya ingin belajar bahasa jerman dan saya sepatah haram tak tau bahasa german, saya ambil satu orang german sebagai guru. Guru tersebut tidak tahu bahasa melayu. Jadi, guru tersebut mengajar saya dalam bahasa german 100%.
Guru mengajar: "&^*^ &%$^%*%(* &%(&%$% %$%#%", "$%#$#$~~~~~^%$#%^## $#$@~~~%^#~$##, &*(&(&%^#$@!!@******. %$%$%$ %$$@%^@$% @#$@#@!!@ #@$%$$ %@#%#$".
Jadi, saya hanya mampu mendengar sahaja dan tidak faham apa-apa. Apa yang dia cakappun saya tak tahu. Bagaimana saya nak belajar dalam situasi ini? Jawapannya memang tak akan pandai sampai sudah. Sebab saya tak faham apa yang guru cakap. Kalau cakap guru pun saya tak faham, apalagi subjek yang dia ajar, lagilah tak faham.
Penyelesaiannnya, saya ambil satu orang yang fasih berbahasa melayu dan tahu berbahasa german. Di peringkat permulaan dia mestilah menerangkan tatabahasa german dalam bahasa melayu supaya saya faham apa yang dia ajar. Maksudnya menggunakan bahasa melayu sebagai BAHASA PENGHANTAR. Sebagai contoh:
Guru: Hari ini saya akan ajar murid bahasa german dalam bab nama. Nama terdiri dari 3 kategori iaitu nama khas, nama am dan nama abstrak.
Murid: Ok cikgu, saya faham hari ini kita nak belajar bab nama yang terdiri dari 3 kategori iaitu nama khas, nama am dan abstrak.
Guru: Dalam bahasa german nama disebut "#$@#". Tiga kategori tersebut dalam bahasa german ialah: Khas "@#@%@6", Am =^%$^$, abstrak=^&%**().
Murid: Ok cikgu saya faham, Khas "@#@%@6", Am =^%$^$, abstrak=^&%**().
Guru: Baguss...jika sudah faham.
Begitulah seterusnya, murid perlukan BAHASA PENGHANTAR iaitu bahasa melayu diperingkat permulaan. Dengan menggunakan bahasa penghantar, murid akan faham apa yang guru kata. Apabila murid faham apa yang cikgu kata barulah murid boleh faham apa yang guru ajar.
Dengan kaedah ini, apabila struktur grammar dan kaedah pertuturan sudah difahami oleh murid, secara automatik murid boleh bertutur 100% dalam bahasa german. Teknik pembelajaran ini digunakan oleh bangsa asing untuk mempelajari sesuatu bahasa yang lain. Inilah kaedah yang betul.
Susunan kaedah belajar bahasa asing:
Peringkat pertama mestilah dimulai dengan mengenal nama benda dahulu seperti payung, kerusi, meja, rumah. Pendekkata semualah nama benda-benda asas ni. Kedua ialah perbuatan, seperti berjalan, duduk, tidur, lari dan sebagainya. Peringkat ketiga masa atau tense, keempat barulah membina ayat menggunakan sendikata.
1. Nama
2. Perbuatan
4. Masa
5. Sendikata
Dengan kaedah ini, murid akan cepat belajar bahasa inggeris. Kunci untuk bertutur bahasa inggeris ialah GRAMMAR, selagi grammar tak lepas... memang tidak akan boleh bertutur bahasa inggeris.
PELUANG:
Disini terdapat peluang untuk anda yang fasih berbahasa inggeris untuk membuka kelas bahasa ingeris menggunakan kaedah diatas. Apa yang penting murid faham dan mahir dengan grammar. Insyaalah kelas anda akan dapat permintaan yang luar biasa dari segi bilangan yang mahu mendaftar dan belajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Punca kekayaan negara
Negara kaya rakyat bahagia. Kunci kekayaan negara terletak pada hasil buminya, kerana dari bumi keluar segala khazanah secara percuma dan b...
-
Mangga memang sedap dimakan, banyak dijual merata-rata. Tetapi bagaimana mahu semai bijinya? Cara semai biji mangga, mula-mula keringkan b...
-
BAJA ORGANIK IMO ( Indigenous Microorganism- sejenis kulat ) Baja organik sebenarnya boleh diolah sendiri. Syaratnya jangan malas. ...
-
Ternakan puyuh Hmm, comel tak burung kat atas tu, inilah burung puyuh. Sejenis burung yang mempunyai pasaran tetapi masih kurang peng...
No comments:
Post a Comment