Wednesday, July 1, 2020

Kaedah supaya pokok subur


Sila klik gambar untuk besarkan



Pokok memerlukan air, baja dan cahaya yang cukup untuk kehidupan yang subur, bagaimanapun tidak semua tanah pertanian subur. Oleh itu diperlukan teknik diatas supaya pokok mendapat cukup bekalan air daripada air hujan. Jika tanah tersebut jenis subur, ia akan jadi lebih subur.


Caranya: Cangkul keliling pokok supaya ia menjadi lekuk, tujuannya supaya air dapat bertakung semasa hujan. Air yang bertakung akan diserap ke dalam tanah dalam kuantiti yang banyak. Jika tidak dibuat lekuk, air tidak dapat dikumpulkan dan diserap dengan banyak ke dalam tanah. Pokok akan mengalami kekurangan air dan akan mengakibatkan pembesarannya lambat, kurus, tidak subur. Tanda-tanda pokok mendapat cukup air dan baja ialah:

1. Sentiasa ada daun baru yang tumbuh.
2. Daun yang sudah matang hijau hitam berkilat seolah berminyak,
3. Daun lebar-lebar
, tebal dan hijau gelap

4. Pucuk baru tumbuh kerinting.(Tanda baja cukup)
5. Daunnya lebat dan lambat gugur.
6. Batangnya gemuk dan tegap.

7. Sihat dan tidak mudah diserang penyakit.



Pastikan pokok mendapat cukup air dan baja berterusan supaya ia membesar dengan pantas. Seterusnya mendatangkan hasil yang lumayan dan berlipat ganda.

Jika pokok cukup baja, tetapi kekurangan air, ia tetap tidak subur. Oleh itu cubalah teknik diatas.


Insyaallah tuan-tuan, ini adalah kunci ilmu atau master key. Penat lelah anda membanting tulang dan lihatlah hasilnya. Mungkin sebelum ini ramai yang kecewa melihat tanaman mereka tidak subur, sudah dibaja tapi tak subur juga, kenapa? sebab pokok memerlukan dua makanan sekaligus iaitu baja dan air. Terdapat juga mereka yang tidak ada cukup masa untuk menyiram. Bahkan mampukan anda menyiram pokok yang sudah berusia 5-10 tahun. Pada kebiasaannya semua pokok yang berumur sebegini tidak lagi disiram. Namun percayalah pokok tersebut tetap perlukan banyak air dan baja untuk meneruskan kesuburannya.

Dengan teknik diatas...seolah-olah anda selalu menyiram pokok tersebut. Tapi sebenarnya anda hanya goyang kaki sahaja...

Pokok yang sesuai, karas/gaharu, kelapa sawit, kelapa, durian, mangga, rambutan, dokong dan semua jenis pokok buahan. Tanaman kontan seperti tebu, sayur sayuran, tembikai dan sebagainya. 
Teknik lama dimana dipangkal pokok digembur atau ditimbus dengan tanah. Teknik ini akan menyebabkan pokok subur sementara sebab mendapat zat dari tanah yang ditimbus dipangkal pokok. Setelah habis zat tersebut pokok akan kembali tidak subur semula, sebab pangkal pokok tidak boleh menyerap air. Pertumbuhan pokok akan lambat serta tidak membanggakan.

Teknik membaja, anda perlu cari jenis baja yang paling murah dan sesuai caranya:

Setelah lubang keliling pokok dibuat, masukkan sesudu baja ke pangkal pokok, siram dengan air kalau anda mahu, jika tidak tunggu hujan. Apabila baja terkena air barulah ia akan meresap kedalam tanah kemudian lihat hasilnya selepas 2-4 minggu. Tengok, adakah pucuk baru tumbuh kerinting, jika tidak tukar kepada baja lain, pastikan sukatannya sama iaitu satu sudu. Jika daun baru tumbuh kerinting menandakan baja itu sesuai.

___________________________________________________


Bahagian bawah adalah pokok yang mendapat seimbang air dan baja, pucuk baru juga akan tumbuh keriting tetapi sihat dan segar bugar.
Cara menilai daun: Subur segar, berkilat, berminyak, warna hijau kehitaman.











Sekian, dan selamat maju jaya dan hidup makmur.

Jika ada apa-apa persoalan sila berikan dibahagian komen dibawah.





Thursday, November 16, 2017

TEKNIK MELEBATKAN BUAH


Gambar hiasan

Mari kita berkongsi nikmat Allah yang maha pemurah, cara supaya pokok berbuah lebat. Buah sememangnya pemberian dari Allah swt, banyak manakah yang dia berikan? memang banyak pada asalnya, tetapi dia serahkan pada kita untuk usaha dan fikirkan bagaimana untuk mendapatkannya.

Ya, memang dia telah memberi dalam jumlah yang sangat banyak namun adakah kita bersyukur? jika kita bersyukur maka nikmat itu ditambah lagi. Baiklah mari kita fikirkan, pertama sekali untuk mendapatkan pokok yang berbuah lebat mestilah mengikut disiplin alam yang telah digariskan, sepohon pokok yang akan berbuah lebat apabila syarat-syaratnya mencukupi. 1. Pokok telah matang 2. Hidup subur sejak awal 3. cukup zat dan keperluannya. Maka dia akan berbunga lebat. 



Tetapi disini, tetap ada ruang yang perlu diisi dengan usaha. Apabila kita berusaha inilah buktinya kita bersyukur. Sepertimana dihuraikan diatas tadi, syarat asas perlu ada, kemudian kita perlu faham bagaimana proses pokok akan mula berbunga. Ya, pokok akan mula berbunga apabila mengalami cuaca kering iaitu musim panas, apabila musim panas pokok kehausan dan kepanasan lalu meluruhkan daun dalam jumlah yang banyak. Sehingga tinggal ranting-ranting. Apabila daun berkurang, zat akan terkumpul dalam batang. Kebiasaannya di Malaysia musim panas akan berlaku pada bulan february hingga march(kemuncak musim panas), waktu ini pokok akan meluruhkan daun, kemudian selepas itu apabila musin panas berakhir diikuti ada hujan yang turun, waktu ini pokok akan mengeluarkan bunga. Ini dipanggil musim bunga iaitu sekitar bulan April.

Waktu inilah kita perlu berusaha bagimana pokok akan menghasilkan buah sebanyak bunganya. Bagaimana caranya, ok teruskan membaca. Cuba anda perhatikan pokok itu mengeluarkan bunga adakah banyak? Ya sebanyak itulah pemberiannya. Setiap bunga yang keluar kita usahakan supaya semuanya menjadi buah. 

Disini kita perlu fikirkan dan fahamkan bagaimana proses dari bunga menjadi buah? ya, satu syarat proses perlu ada iaitu stigma mendapat debunga. Lihat gambarajah


Walaupun jarak diantara debunga dan stigma berdekatan tetapi ia sebenarnya tidak bersentuh, oleh itu diperlukan khidmat serangga atau angin untuk melakukan proses ini, apabila serangga mahu menghisap madu ia akan melalui debunga, debunga akan melekat pada badan serangga,  kemudian serangga akan mencari stigma lalu menghisap madu, jika sekiranya debunga yang ada pada anggota serangga terkena pada stigma, debunga tersebut akan melekat. Disinilah yang dikatakan proses pendebungaan iaitu stigma mendapat debunga. Apabila proses ini terjadi maka bunga akan menjadi buah. Jika stigma tidak mendapat debunga. Stigma akan layu hampa dan jatuh ketanah. Tempoh layu stigma biasanya dalam anggaran 12-24 jam sahaja. Hanya itu sahaja tempoh yang ada.

Gambar hiasan - lebah membawa debunga

Jika sekiranya tidak ada serangga atau angin, tiada proses. Kebiasannya jumlah serangga tidak banyak, tidak mencukupi untuk semua stigma mendapat debunga, sebab itu kita perlu bantu. Caranya, temukan setangkai bunga dengan tangkai bunga yang lain, tepuk-tepuk sedikit agar debunga berterbangan dan melekat pada stigma. Di separuh negara debunga akan dikumpul dan dicampur dengan tepung lalu disembur menggunakan mesin untuk pokok yang tinggi.

Selepas itu, dalam tempoh 24 jam debunga yang melekat pada stigma akan meresap masuk melalui benang sari seterusnya masuk ke ovum. Maka ia selamat dan dengan izinnya akan menjadi buah.

Walaubagaimanapun, sebelum tempoh benang sari berjaya menghisap debunga... tiba-tiba terjadi hujan. Maka debunga yang melekat pada stigma akan jatuh dibawa air. Proses terbatal.
Untuk mengelakan perkara ini kita perlu lindungkan bunga dari terkena hujan dengan  menggunakan  plastik bag atau lain-lain. Inilah disebut usaha atau kerja.

Jika proses pendebungaan berjaya pada setiap bunga, maka kesemuanya insyaallah akan menjadi buah :)  Selamat mencuba!!

Nota: Pada tahun 2016 dan 2017 dimalaysia tiada musim kemarau akibat fenomena LaNina, kita dapati pada tuhun tersebut tiada musim buah seperti tahun-tahun sebelumnya.


CARA SEMAI BIJI MANGGA

Mangga memang sedap dimakan, banyak dijual merata-rata. Tetapi bagaimana mahu semai bijinya?

Cara semai biji mangga, mula-mula keringkan biji buah dan jangan terkena air takut terkena jangkitan kulat. Selepas itu belah sabut biji tersebut, nanti kita akan dapati dalamnya ada biji. Kemudian semai biji dalam polybag. Tidak lama akan tumbut anak tunas yang comel. Untuk pokok yang lain seperti bacang, mempelam, kuinin dan species yang sebangsanya semua sama tekniknya. Selamat mencuba.

Gambar hiasan

Monday, March 20, 2017

Pengkelasan Gred Gaharu

1. Super king (color black, high resin, drowning, dense and heavy)




2. Double super (black, high resin, sinks, chips)



3. AAA (black, tall resin, no sink, pieces)


4. AA (brownish black color, not sink, resin medium, pieces)



5. A (color dark Brown with a little bit of wood, not sinking, the resin being, chippings)



6. AB (color brown with a little bit of wood, not sinking, the resin being, chippings)




7. BC (color brown with wood, not sink, a little resin, form rather large)


 ---------------------------

1. super king (warna hitam, resin yang tinggi, tenggelam, tebal dan berat)

2. double super (hitam, resin yang tinggi, tenggelam, cip)

3. AAA (hitam, resin yang tinggi, tidak tenggelam, keping)

4. AA (warna hitam keperangan, tidak tenggelam, sederhana resin, keping)

5. A (warna gelap coklat dengan sedikit kayu, tidak tenggelam, resin makhluk, chippings)

6. AB (warna coklat dengan sedikit kayu, tidak tenggelam, resin makhluk, chippings)

7. BC (warna coklat dengan kayu, tidak tenggelam, damar sedikit, bentuk yang agak besar)


Anda boleh rujuk juga dari sumber yang lain:

http://gaharuinfo.blogspot.my/2013/01/gred-gaharu.html 



Wednesday, July 27, 2016

Penanaman pokok kurma

Penanaman pokok kurma



 Alhamdulillah, inilah pokok kurma yang hidup sendiri dihalaman rumah dikampung. Hidup subur dan mudah mudahan berbungan lagi dan lekat buahnya. Sebelum ini telah tiga kali berbunga tetapi mungkin kekurangan baja dan tidak dipedulikan langsung menjadi sebab buah tak menjadi. Balik raya baru-baru ini saya telah buat longkang keliling sesuai dengan teknik pokok subur diatas. Bertujuan supaya pokok dapat air yang banyak setiap kali hujan turun.Turut serta ditabur baja organik jenis yang tidak panas.

Dari kajian yang telah saya buat,  pokok kurma akan berbuah jika pokoknya hampir sama saiz dengan pokok kelapa sawit. Pokok kurma yang terbiar, kurus dan kekurangan air dan baja memang terus hidup tetapi tidak mahu mengeluarkan buah. Dari itu saya membuat kesimpulan, kurma memang boleh berbuah di Malaysia asalkan ianya mendapat zat dan keperluan asas yang mencukupi. Insyaallah info ini akan saya update dan kongsikan disini untuk kita sama-sama belajar cara penanaman dan penjagaan pokok kurma.

Pokok yang dibelakang itu pokok kelapa sawit yer.. jangan salah faham hehe.

_________________________________________________________
Ok, yang dibawah ini adalah gambar pokok kurma yang saya tidak pasti dimana ambil link dari google, namun kalau dilihat dalam senarai gambar-gambar pokok kurma yang berbuah biasanya pokok yang subur ukurlilit yang hampir sama dengan pokok kelapa sawit.



Friday, March 27, 2015

Produk baja organik dari selatan

Dari negeri johor, sebuah syarikat berusaha untuk memajukan produk baja organik. Kenapa baja organik? jawapannya ianya murah, mesra alam dan boleh dibuat sendiri jika rajin, disamping itu juga ia dapat memulihkan struktur tanah dari tidak subur kepada tanah subur. Bermula dengan semangat ingin membantu petani-petani, akhirnya syarikat ini telah berjaya berkembang dengan pesat.



Antara produk-produk

1. Baja Organik Mas Hitam Jenis Pelet 25KG.
2. Baja Organik Mas Hitam Jenis Serbuk 25KG.
3. Baja Organik Mas Hitam Jenis Pelet 0.8KG.
4. Baja Organik Mas Hitam Jenis Serbuk 0.8KG.
5. Tanah Organik 5KG.
6. EM1 Original Jamof 1Liter.
7. BMO Original 1Liter.
8. E.M.A.S IF1 Semburan Terus.
9. Baja Cecair Semburan IF2.
10. Bio Pestisid - Racun Organik Serangga IF3.
11. Bokashi Sampah - Agen Menukar Sampah Menjadi Baja Cecair.
12. Makanan Ternakan Arnab.
13. Makanan Ternakan Ikan.
14. Molases 1KG.
15. Sabut Kelapa.
16. Serkam Bakar.
17. Dan lain-lain produk keluaran Sarjani (M) Sdn. Bhd.

http://www.sarjani-malaysia.com.my/p/produk-dan-perkhidmatan.html

Produk baja Sri organik


SRI ORGANIK adalah satu nama yang sedang meningkat naik sebagai satu jenama/syarikat yang benar-benar mahu membantu masyarakat umum dalam memperkenalkan pembajaan secara ORGANIK tanpa perlu menggunakan sebarang baja kimia. Dengan penggunaan baja organik kos pembajaan menjadi murah dan hasilnya sangat membanggakan.Banyak testimoni positif dari pelanggannya yang menyatakan ianya amat efektif, selamat, mudah dan murah. Untuk mencuba anda boleh order dari alamat web dibawah.





https://www.facebook.com/profile.php?id=100006117618777

Kaedah supaya pokok subur

Sila klik gambar untuk besarkan Pokok memerlukan air, baja dan cahaya yang cukup untuk kehidupan yang subur, bagaimanapun tidak s...