Thursday, December 11, 2014

1001 manafaat arang

Arang telah digunakan sejak bermulanya sejarah manusia. Memang menjadi tertib tuhan, apabila sesuatu itu bermanafaat dan diperlukan oleh kehidupan ia dijadikan dalam jumlah yang banyak dan percuma serta mudah didapati. Seperti contoh udara, air, garam, tumbuhan dan sebagainya. Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa arang sebenarnya mempunyai banyak rahsia dan khasiat, masih banyak lagi rahsianya yang belum dibongkar.

Dalam masyarakat arang digunakan untuk pelbagai seperti membakar sate, bahan pemanas sterika arang, menjernihkan air, bahan bakar dan sebagainya. Saya pernah masuk ke satu setor penyimpanan arang, udara didalam setor itu amat nyaman, bersih, sihat dan rasa selamat.

Sifat bagi arang ialah menyerap, ia menyerap apa sahaja yang bersifat negatif yang hampir dengannya, bahkan partikal ion negatif dalam udara pun diserapnya. Dengan memiliki sifat ini arang juga bermanafaat untuk tumbuhan, dimana fungsi arang membersihkan unsur negatif jika ditaburkan rata dipangkal pokok sehingga lingkungan 1 atau 2 kaki garis pusat. 

Disamping ia boleh membekalkan lembapan untuk akar pokok apabila diperlukan, dalam masa yang sama ia membersihkan persekitaran daripada unsur negatif menjadikan pangkal pokok mendapat Ph neutral, bebas racun, toksid dan tiada kulat beracun. Jika arang terlalu banyak menyerap unsur negatif ia akan mereput, menjadi lembut dan seterusnya hancur menjadi debu. Maka sudah semestinya unsur negatif yang diserapnya akan dihadamkan oleh arang itu sendiri kemudian dineutralkan. 

Selain dari itu mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kopi yang kita minum sebenarnya adalah sebangsa arang. Cuma bezanya ia mempunyai aroma yang sesuai untuk dibuat minuman.Oleh sebab itulah peminum kopi secara lazim mendatangkan manafaat kesihatan. Ia memanaskan badan dan membakar apa-apa yang tidak diperlukan didalam badan. Sebab itulah mak bidan menasihati mereka yang baru bersalin meminum kopi untuk mengelakan angin dan membasmi unsur negatif serta pemeliharaan kesihatan. 

Walaubagaimanapun sedikit kajian perlu dijalankan tentang tahap minimum dan maksimum yang dibolehkan dalam menggunakan arang.

Punca kekayaan negara

Negara kaya rakyat bahagia. Kunci kekayaan negara terletak pada hasil buminya, kerana dari bumi keluar segala khazanah  secara percuma dan b...