Thursday, November 16, 2017

TEKNIK MELEBATKAN BUAH


Gambar hiasan

Mari kita berkongsi nikmat Allah yang maha pemurah, cara supaya pokok berbuah lebat. Buah sememangnya pemberian dari Allah swt, banyak manakah yang dia berikan? memang banyak pada asalnya, tetapi dia serahkan pada kita untuk usaha dan fikirkan bagaimana untuk mendapatkannya.

Ya, memang dia telah memberi dalam jumlah yang sangat banyak namun adakah kita bersyukur? jika kita bersyukur maka nikmat itu ditambah lagi. Baiklah mari kita fikirkan, pertama sekali untuk mendapatkan pokok yang berbuah lebat mestilah mengikut disiplin alam yang telah digariskan, sepohon pokok yang akan berbuah lebat apabila syarat-syaratnya mencukupi. 1. Pokok telah matang 2. Hidup subur sejak awal 3. cukup zat dan keperluannya. Maka dia akan berbunga lebat. 



Tetapi disini, tetap ada ruang yang perlu diisi dengan usaha. Apabila kita berusaha inilah buktinya kita bersyukur. Sepertimana dihuraikan diatas tadi, syarat asas perlu ada, kemudian kita perlu faham bagaimana proses pokok akan mula berbunga. Ya, pokok akan mula berbunga apabila mengalami cuaca kering iaitu musim panas, apabila musim panas pokok kehausan dan kepanasan lalu meluruhkan daun dalam jumlah yang banyak. Sehingga tinggal ranting-ranting. Apabila daun berkurang, zat akan terkumpul dalam batang. Kebiasaannya di Malaysia musim panas akan berlaku pada bulan february hingga march(kemuncak musim panas), waktu ini pokok akan meluruhkan daun, kemudian selepas itu apabila musin panas berakhir diikuti ada hujan yang turun, waktu ini pokok akan mengeluarkan bunga. Ini dipanggil musim bunga iaitu sekitar bulan April.

Waktu inilah kita perlu berusaha bagimana pokok akan menghasilkan buah sebanyak bunganya. Bagaimana caranya, ok teruskan membaca. Cuba anda perhatikan pokok itu mengeluarkan bunga adakah banyak? Ya sebanyak itulah pemberiannya. Setiap bunga yang keluar kita usahakan supaya semuanya menjadi buah. 

Disini kita perlu fikirkan dan fahamkan bagaimana proses dari bunga menjadi buah? ya, satu syarat proses perlu ada iaitu stigma mendapat debunga. Lihat gambarajah


Walaupun jarak diantara debunga dan stigma berdekatan tetapi ia sebenarnya tidak bersentuh, oleh itu diperlukan khidmat serangga atau angin untuk melakukan proses ini, apabila serangga mahu menghisap madu ia akan melalui debunga, debunga akan melekat pada badan serangga,  kemudian serangga akan mencari stigma lalu menghisap madu, jika sekiranya debunga yang ada pada anggota serangga terkena pada stigma, debunga tersebut akan melekat. Disinilah yang dikatakan proses pendebungaan iaitu stigma mendapat debunga. Apabila proses ini terjadi maka bunga akan menjadi buah. Jika stigma tidak mendapat debunga. Stigma akan layu hampa dan jatuh ketanah. Tempoh layu stigma biasanya dalam anggaran 12-24 jam sahaja. Hanya itu sahaja tempoh yang ada.

Gambar hiasan - lebah membawa debunga

Jika sekiranya tidak ada serangga atau angin, tiada proses. Kebiasannya jumlah serangga tidak banyak, tidak mencukupi untuk semua stigma mendapat debunga, sebab itu kita perlu bantu. Caranya, temukan setangkai bunga dengan tangkai bunga yang lain, tepuk-tepuk sedikit agar debunga berterbangan dan melekat pada stigma. Di separuh negara debunga akan dikumpul dan dicampur dengan tepung lalu disembur menggunakan mesin untuk pokok yang tinggi.

Selepas itu, dalam tempoh 24 jam debunga yang melekat pada stigma akan meresap masuk melalui benang sari seterusnya masuk ke ovum. Maka ia selamat dan dengan izinnya akan menjadi buah.

Walaubagaimanapun, sebelum tempoh benang sari berjaya menghisap debunga... tiba-tiba terjadi hujan. Maka debunga yang melekat pada stigma akan jatuh dibawa air. Proses terbatal.
Untuk mengelakan perkara ini kita perlu lindungkan bunga dari terkena hujan dengan  menggunakan  plastik bag atau lain-lain. Inilah disebut usaha atau kerja.

Jika proses pendebungaan berjaya pada setiap bunga, maka kesemuanya insyaallah akan menjadi buah :)  Selamat mencuba!!

Nota: Pada tahun 2016 dan 2017 dimalaysia tiada musim kemarau akibat fenomena LaNina, kita dapati pada tuhun tersebut tiada musim buah seperti tahun-tahun sebelumnya.


CARA SEMAI BIJI MANGGA

Mangga memang sedap dimakan, banyak dijual merata-rata. Tetapi bagaimana mahu semai bijinya?

Cara semai biji mangga, mula-mula keringkan biji buah dan jangan terkena air takut terkena jangkitan kulat. Selepas itu belah sabut biji tersebut, nanti kita akan dapati dalamnya ada biji. Kemudian semai biji dalam polybag. Tidak lama akan tumbut anak tunas yang comel. Untuk pokok yang lain seperti bacang, mempelam, kuinin dan species yang sebangsanya semua sama tekniknya. Selamat mencuba.

Gambar hiasan

Punca kekayaan negara

Negara kaya rakyat bahagia. Kunci kekayaan negara terletak pada hasil buminya, kerana dari bumi keluar segala khazanah  secara percuma dan b...