Tahukah anda bahawa tanah liat boleh dibentuk kemudian dibakar selama 8 - 12 jam ia akan bertukar menjadi batu. Ini sebenarnya satu kerajinan yang sesiapa pun boleh buat dibelakang rumah. Tanah liat ada berbagai jenis, ada yang putih, hitam, kelabu, merah dan sebagainya. Bergantung kepada apa jenis tanah liat yang terdapat di kawasan anda.
Jenis tanah liat yang telah dibentuk yang biasa anda lihat seperti pasu bunga, tempayan, labu sayong dan 1001 produk boleh dibentuk dari tanah liat. Semua ini anda boleh buat sendiri, tak perlu beli. Pada kebiasaannnya tanah liat diambil dari disungai, namun tanah liat juga banyak terdapat dimana-mana. Batu bata jenis merah diperbuat dari tanah merah bukit. Tanah liat yang terbaik adalah yang terdapat disungai-sungai, ia tidak sukar ditemui. Kebaikan jenis ini kerana ia dikumpulkan oleh aliran sungai sehingga menjadi satu kumpulan yang sama warna dan saiz partikelnya sangat halus serta sifatnya adalah LIAT. Tidak ceroi.
Anda boleh ambil tanah tersebut dan bawa balik, masukkan dalam besen dan curah air biarkan satu malam supaya semua tanah itu larut, selepas itu tapis untuk buang kotoran, biakan mendap dan hasilnya anda dapat lapisan tanah yang padat dan sedia untuk dibentuk.
Projek pertama yang saya cadangkan untuk anda seperti pasu bunga.
Teknik asal membuat labu sayong
Labu sayong yang terkenal juga dibuat dengan proses yang sama, terdapat banyak kaedah pembuatan ada yang dibuat secara tradisional dan kaedah moden menggunakan teknologi dan mesin. Walaubagaimanapun labu sayung agak kurang laku sekarang ini kerana ada teknologi ais batu. Labu sayong digunakan orang dahulukala sebelum ada peti ais. Oleh itu kita boleh reka produk lain yang lebih menguntungkan.
Haa, cuba anda lihat betul-betul tu, ada labu sayong yang warna hitam dan merah. Pada asal kebiasaanya labu berwarna hitam digunakan sebagai tempat simpan air minuman. Sejuk dan fresh. Manakala yang merah biasanya untuk hiasan.. namun boleh juga dijadikan tempat simpanan air minuman.
Ok, itu cerita dimalaysia. Mari kita tinjau di negara lain pula. Mula-mula kita tengok orang afrika buat pasu dan tempayan.
Ini pula dari jepun
Bawah dari korea, banyak tutoriah dari Hsin-Chuen Lin yang boleh dipelajari.
Secara kesimpulannnya.. kerja ini kerja mudah yang boleh dibuat hobi. Daripada duduk sesaja lepas tidur, tidur, makan tidur. Ada baiknya cuba bidang ini.
No comments:
Post a Comment