Friday, March 8, 2019

Pembaziran kawasan tanah


Salam bahagia,

Hari ini saya nak ketengahkan rasa tidak puas hati terhadap pembaziran tanah yang rata-rata boleh kita lihat dimana-mana. Bayangkanlah, jika seseorang memiliki tanah dalam satu ekar tetapi tidak ada sebarang hasil. Ini merupakan satu pembaziran, sebenarnya tuan-tuan, tanah walaupun satu ekar cukup amat-amat bernilai. Jangan biarkan ia kosong ditumbuhi oleh pokok yang tidak berhasil. Satu ekar jika betul cara pengurusannya ia boleh dijadikan sebagai punca pendapatan dan sara hidup yang mencukupi untuk satu keluarga.



Lagi-lagilah mereka yang dapat tanah pusaka, mulalah gatal tangan nak menjual, ini satu kerugian yang besar. Cuba anda bayangkan, jika tanah ini diusahakan secara bijak, hasilnya mungkin jika dikumpul 10 tahun boleh beli rumah banglo. Jika dijual, duit tersebut tidak dapat bertahan lama, akhirnya habis begitu sahaja. Jika tanah tersebut diusahakan, paling tidak pun ada pendapatan yang tak putus-putus. Dalam erti kata lain, "tanah ini sebenarnya adalah mesin buat duit".



Pada pendapat saya, kebanyakan tuan tanah perlu aktif memanipulasi penggunaan tanah, kebanyakan yang kita tengok satu tapak tanah ada segala macam jenis pokok, contohlah rambutan 1 batang, kelapa 3 batang, pokok pelam, pokok manggis, pokok belimbing, pokok jambu batu dan lain-lain. Jika kita pergi lebih dekat lagi, pokok rambutan sudah tak produktif, pokok kelapa banyak jatuh, tapi bila nak masak beli santan kat kedai juga, pokok pelam berbuah tapi masak gugur jadi sampah. Pokok belimbing bila berbuah semua kemetot, jambu batu bila berbuah oklah, budak-budak, anak cucu suka panjat makan. Bila di kira-kira semula tolak campur kali bahagi, hanya pokok jambu sahaja yang berfaedah. hehe.


Sebenarnya cara penanaman segala macam pokok ini dah tidak sesuai dimasa sekaramg, kalau zaman dahulu lainlah, kedai jauh, hasil pokok pun kalau ada tak dapat dijual sebab peniaga tak ramai, kenderaan pun tak ada. Itulah sebabnya masing-masih tanam untuk keperluan sendiri. Cari duit dengan bersawah dan berkebun getah. Tapi zaman sekarang sudah tidak sesuai lagi, sebab ada tanah tapi makan gaji dibandar, gaji pula kecil, malam buat part time pula. Apa ini sebenarnya. Jadi, jika kita ada tanah kita fikirkanlah semula, apa faedahnya tanah ini. Apa yang kita boleh buat. Katakanlah jika kita lulusan universiti, menjawat jawatan baik dikota. Apa salahnya jika tanah seekar tersebut ditanam pokok getah, boleh juga orang kampung tolong torehkan, Hasil bahagi secara adil. Boleh juga ditanam kelapa, tanam pokok durian dan lain-lain.



Kesilapan yang berlaku contohlah pokok durian, jika diusahakan hasil tak menjadi, buah tak berkualiti dan tak lebat. Puncanya tanam pokok meggunakan biji, memang akan jadi masalah. Kita kena faham pokok durian kalau tanam biji memerlukan masa 10-20 tahun baru ada buah, dan kalau sempat pokok umur 100 tahun -200 tahun barulah betul-betul menjadi buahnya gred1. Ini kita pelu faham. Penyelesaiannya kita tanam pokok kahwin, 4- 6 tahun sudah boleh mengeluarkan hasil, lebat, berkualiti dan gred1 lagi. Teknologi ini dah lama tetapi kita masih tak faham. Oleh sebab itulah negara kita masih lagi mengimport dari thailand untuk keperluan dalam negara. Sekarang negara kita memiliki buah jenis terbaik didunia, iaitu Musang King. Boleh dieksport dan permintaan sangat menggalakkan hingga tidak mencukupi. Di UK harga sebiji durian ialah 50 pound, bayangkan. Untuk dua musim berbuah pendapatannya mungkin cukup sara hidup setahun. 


Dan satu lagi pokok berpotensi besar ialah pokok kelapa Matak. Berbuah lebat dan sentiasa ada pasaran. Buahnya boleh disimpan selama 6 bulan..betul kan? sebiji berapa harganya? 


Kita juga boleh usahakan, berjenis-jenis sayuran, contoh negara kita masih lagi mengimport cili besar dari negara jiran. Kalau nak usaha tak perlu guna tulang 4kerat lagi, sekarang ada jentera... upah sahaja. Dan gajikan pekerja. Macamtulah lebih kurang.... yang penting kita perlu faham bahawa setapak tanah sangat berharga, kerana ia adalah tapak jana pendapatan. Jangan jual atau bazirkan.





Ok, dari pada gambarajah diatas, kita lihat pengurusan tanah satu ekar. Pertama rumah bapa, dibelakang tu kita reservekan untuk rumah anak menantu, satu orang anak perlu ada kalau tidak nanti sunyi , juga boleh membantu bila-bila diperlukan. Depan tu ada satu pondok simple je untuk buat letak hasil kebun bila ada, senang orang lalu lalang boleh nampak dan datang beli atau disedekahkan, jangan lupa letak loceng, nak tunggu tak larat. 



Di belakang lagi adalah kawasan hobi, hobi ni penting, macam-macam boleh buat, nak tanam serai, kunyit ke, atau nak buat gelanggang silat pun boleh. Dibelakang lagi kita buat kebun tempat kerja jana pendapatan, kita boleh maksimumkan tiga jenis tanaman iaitu pokok saka, disulam dengan pokok renek. Di bahagian paling bawah tanam pokok merayap seperti labu, tembikai, keledek atau lain-lain. Haa baru maksimum penggunaan tanah. Yang penting kita perlu berfikir dan merancang. Amacam? ok tak, ini buah fikiran saya sahaja, anda mungkin lebih arif.


13 comments:

  1. Salam Tuan, saya tersentuh dan terpanggil untuk mengucpkan ribuan terima kasih..kini saya sedar apa yg saya miliki begitu bernilai dan tak mungkin ditukar ganti...Saya doakan Tuan Sekeluarga dirahmati ALLAH selalu dan mudah dalam segala urusan AMIN

    ReplyDelete
  2. Sama-sama, kalau ada tanah janganlah dijual. paling tidak kalau malas sangat guna konsep 3T, tanam, tinggal, tuai contohnya pokok kelapa. :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, artikel ni membuka minda saya

    ReplyDelete
  4. Tapi masalah monyet, babi hutan memeningkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, masalah monyet dan babi hutan ni masalah sejagat..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. projek 3T tak berhasil lagi sekarang ni Tn. Tahu kenapa? Tanam.Tinggal.Tuai. itu prinsip saja yang bagus. Tapi bila tinggal ,yang tuai nya orang lain .Tuan- tuan pikir siapa?

      Delete
  5. Komen saya,monyet dan babi cuma masaalah kecil saja. Senang diatasi. Tapi sekarang ni masaalah pencuri.Ada dimana mana. Ini yang susah nak handle. Pakai jaga pun kena curi juga. Pencuri zaman dulu ambil untuk makan saja. Zaman sekarang dia orang sapu licin. Apa yang tinggal lagi untuk kita. Jadi kalu nak bertani,kita sendiri kena jaga. Barulah dapat merasa.Kalu tidak habuk pun tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg boleh guna alat GPS tracker seperti iklan diatas tu, ikat di pintu pagar, kalau pagar bergerak tanda ada masuk pencuri, alat akan hantar sms amaran.

      Delete
  6. Assalam Tuan.. tima kasih kerana kongsi ilmu yg sgt2 berguna. saya nak tanya, perlu ke kita tanam pokok ikut pakage seperti saka, renek & merayap? jika kita hanya tanam sebagai contoh (semua jenis renek) apa kesimpulan nya yg kita dpt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiga jenis tu untuk maksimakan pengunaan tanah. Kalau semua pokok rambutan pun ok, pokok rambutan jenis renek jugak.

      Delete

  7. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

Punca kekayaan negara

Negara kaya rakyat bahagia. Kunci kekayaan negara terletak pada hasil buminya, kerana dari bumi keluar segala khazanah  secara percuma dan b...