Wednesday, November 12, 2014

Ternakan puyuh

Ternakan puyuh


Hmm, comel tak burung kat atas tu, inilah burung puyuh. Sejenis burung yang mempunyai pasaran tetapi masih kurang pengusahanya. Minggu lepas saya balik kampung sebab ayah suruh balik, setelah dua hari dikampung sempat juga membaja pokok gaharu belakang rumah, sudah satu cekak, 5 tahun, ni dah boleh suntik innokulen. Hmm.. tak apalah tunggu dia besar sikit lagi. Masa nak balik singgah kat kedai jual haiwan peliharaan. Beli 5 ekor burung puyuh sebab kakak ipar pesan kalau balik belikan burung ni. Dan beli 3 ekor yang dewasa, suruh abg tu sembelih terus. Abang tu cakap, puyuh di kedainya selalu habis kerana orang nak dagingnya. Beli dan terus sembelih siap. Ramai peminat daging puyuh ni rupanya.

Burung puyuh ni selain comel, jinak pula. Boleh diusap-usap. Masa dulu(dua bulan lepas) saya pelihara 4 ekor anak. Seronok tengok dia kais-kais tanah cari ulat. Bagi makan dedak.. aik? makan saja kerjanya macam tak kenyang-kenyang. Kemudian saya beli makanan burung sejenis bijirin, barulah puyuh ni betul-betul kenyang. Barulah lepas makan dia bersantai, bermain dan tidur nyenyak. Hmm.. rupanya dedak yang dulu tu tak ada khasiat, patutlah puyuh lapar memanjang. Tapi disebabkan malas nak urus tahi dia, tu yang bagi pada kakak ipar, bagi 4 ekor tapi 3 ekor kene makan kucing. Tinggal seekor. Tu yang dia pesan, kalau balik kampung belikan dia beberapa ekor. Ok itu cerita intro hehe.

Lagi satu saya, fikirkan burung ni kenapa tidak dijual dipasar-pasar macam ayam, susah nak dapatkan daging burung ni. Ada yang kata buat sup sedap, ada yang kata goreng dan yang kata sedap masak kurma. Tak taulah, yang pastinya burung ni ada potensi sebab senang dipelihara, reban dia boleh buat bertingkat-tingkat. Dagingnya pun banyak, rajin bertelur, tahan lasak dari penyakit, kos modal dan tempat sudah tentu kecil. Selain dari ternak boleh juga telurnya ditetaskan menggunakan inkubator. Senang yang amat ternak burung ni, tahinya tak busuk.

Mungkin satu hari nanti, bertambah ramai penternak burung ni, dan  akan dijual dipasar-pasar seperti ayam. Bagi peniaga restoran boleh cuba buat Nasi Kukus Puyuh. Hmm...

No comments:

Post a Comment

Punca kekayaan negara

Negara kaya rakyat bahagia. Kunci kekayaan negara terletak pada hasil buminya, kerana dari bumi keluar segala khazanah  secara percuma dan b...