Penanaman pokok kurma
Alhamdulillah, inilah pokok kurma yang hidup sendiri dihalaman rumah dikampung. Hidup subur dan mudah mudahan berbungan lagi dan lekat buahnya. Sebelum ini telah tiga kali berbunga tetapi mungkin kekurangan baja dan tidak dipedulikan langsung menjadi sebab buah tak menjadi. Balik raya baru-baru ini saya telah buat longkang keliling sesuai dengan teknik pokok subur diatas. Bertujuan supaya pokok dapat air yang banyak setiap kali hujan turun.Turut serta ditabur baja organik jenis yang tidak panas.
Dari kajian yang telah saya buat, pokok kurma akan berbuah jika pokoknya hampir sama saiz dengan pokok kelapa sawit. Pokok kurma yang terbiar, kurus dan kekurangan air dan baja memang terus hidup tetapi tidak mahu mengeluarkan buah. Dari itu saya membuat kesimpulan, kurma memang boleh berbuah di Malaysia asalkan ianya mendapat zat dan keperluan asas yang mencukupi. Insyaallah info ini akan saya update dan kongsikan disini untuk kita sama-sama belajar cara penanaman dan penjagaan pokok kurma.
Pokok yang dibelakang itu pokok kelapa sawit yer.. jangan salah faham hehe.
Ok, yang dibawah ini adalah gambar pokok kurma yang saya tidak pasti dimana ambil link dari google, namun kalau dilihat dalam senarai gambar-gambar pokok kurma yang berbuah biasanya pokok yang subur ukurlilit yang hampir sama dengan pokok kelapa sawit.
Dari kajian yang telah saya buat, pokok kurma akan berbuah jika pokoknya hampir sama saiz dengan pokok kelapa sawit. Pokok kurma yang terbiar, kurus dan kekurangan air dan baja memang terus hidup tetapi tidak mahu mengeluarkan buah. Dari itu saya membuat kesimpulan, kurma memang boleh berbuah di Malaysia asalkan ianya mendapat zat dan keperluan asas yang mencukupi. Insyaallah info ini akan saya update dan kongsikan disini untuk kita sama-sama belajar cara penanaman dan penjagaan pokok kurma.
Pokok yang dibelakang itu pokok kelapa sawit yer.. jangan salah faham hehe.
_________________________________________________________