Friday, November 14, 2014

Teknik baja AUTO untuk mereka yang pemalas

Teknik baja AUTO untuk mereka yang pemalas.

Hari ini saya mahu kongsi satu penemuan terbaru yang tidak pernah terfikir oleh orang lain. Mungkin pertama didunia. Iaitu baja Automatik. Maksudnya baja terjadi dengan sendiri dipangkal pokok. Anda tidak perlu membaja lagi selama-lamanya. Wah canggih ni. Satu contoh disediakan digambarajah DMZ dibawah sebagai bukti.

Dari gambarah dibawah kita boleh tengok subur keadaan pangkal pokok ini. Secara logiknya batu-bata yang ada berfungsi menyimpan kelembapan yang berkekalan. Disinilah terbentuknya baja automatik. Bagaimanakah logiknya? ya, apabila hujan turun, air akan mengalir lalu melalui bawah bata menyebakan ada kelembapan, air yang mengalir pula ada membawa habuk-habuk dari persekitan dan terperangkap dibawah bata. Kemudian terjadilah kulat yang memakan berbagai jenis habuk yang dibawa air. Kulat tadi akan menghuraikan zat-zat sebatian habuk-habuk menjadi baja dalam kuantiti yang sangat sedikit tetapi berterusan.

Keadaan ini terjadi secara tidak sengaja, walaubagaimanapun kita boleh tiru konsep ini.

1. Kaedah meletakkan bata perlu betul supaya air boleh mengalir dibawahnya tetapi sedikit habuk akan terperangkap lalu menjadi makanan kulat. Batu bata seperti dibawah berkeadaan condong kira-kira 5 darjah. Diantara bata dan tanah ada ruang sebanyak 1 centimeter tempat hidupnya serangga kecil dan lumut.
2. Adanya payung redup dari daun pokok menjadikan suhu selesa dan sesuai untuk kelembapan.
3. Ditumbuhi lumut hijau yang mampu memerangkap air.
4. Kehadiran rumput-rumput kecil menjadikan keadaan lebih sejuk dan lebih baik.

Walaupun perkara ini simple tetapi ia boleh jadi pelajaran. Dengan teknik yang betul, iaitu kecondongan, ruang udara, tidak terkena cahaya, suhu yang sesuai maka kulat dan lumut dapat hidup lalu menghasilkan baja.

Kaedah yang serupa mungkin boleh dibuat dengan meletakkan daun-daun kayu mati dipangkal pokok, permulaannya taburkan baja organik supaya benih kulat dan bakteria mula bermastautin disitu. Selepas sebulan cuba selak daun-daun tersebut, jika ada lumut dan ada akar putih berselirat dan bersih, jika ada menandakan ada berlaku proses akar makan baja. Tetapi cuba lihat kembali selepas 4-5 bulan, iaitu jangkamasa baja kompos yang kita tabur dulu sepatutnya telah lenyap. Jika tidak berlaku proses baja auto anda akan lihat akar dalam keadaan kecut kurus. Jika ada berlaku proses baja auto, anda akan lihat akar pokok segar dan putih. Ini bermakna baja auto telah berlaku, anda tidak perlu membaja lagi dipokok tersebut. Ini satu penemuan.

Gambarajah DMZ

Gambarajah DMY - Susunan semula dengan menyediakan banyak celah rongga.

Gambarajah OZM - Rongga bawah

 Gambarajah ZMZ - Perlu trim pokok supaya daunnya menjadi seperti payung agar batu bata tidak terkena cahaya matahari. Selamat mencuba.


Wednesday, November 12, 2014

Ternakan puyuh

Ternakan puyuh


Hmm, comel tak burung kat atas tu, inilah burung puyuh. Sejenis burung yang mempunyai pasaran tetapi masih kurang pengusahanya. Minggu lepas saya balik kampung sebab ayah suruh balik, setelah dua hari dikampung sempat juga membaja pokok gaharu belakang rumah, sudah satu cekak, 5 tahun, ni dah boleh suntik innokulen. Hmm.. tak apalah tunggu dia besar sikit lagi. Masa nak balik singgah kat kedai jual haiwan peliharaan. Beli 5 ekor burung puyuh sebab kakak ipar pesan kalau balik belikan burung ni. Dan beli 3 ekor yang dewasa, suruh abg tu sembelih terus. Abang tu cakap, puyuh di kedainya selalu habis kerana orang nak dagingnya. Beli dan terus sembelih siap. Ramai peminat daging puyuh ni rupanya.

Burung puyuh ni selain comel, jinak pula. Boleh diusap-usap. Masa dulu(dua bulan lepas) saya pelihara 4 ekor anak. Seronok tengok dia kais-kais tanah cari ulat. Bagi makan dedak.. aik? makan saja kerjanya macam tak kenyang-kenyang. Kemudian saya beli makanan burung sejenis bijirin, barulah puyuh ni betul-betul kenyang. Barulah lepas makan dia bersantai, bermain dan tidur nyenyak. Hmm.. rupanya dedak yang dulu tu tak ada khasiat, patutlah puyuh lapar memanjang. Tapi disebabkan malas nak urus tahi dia, tu yang bagi pada kakak ipar, bagi 4 ekor tapi 3 ekor kene makan kucing. Tinggal seekor. Tu yang dia pesan, kalau balik kampung belikan dia beberapa ekor. Ok itu cerita intro hehe.

Lagi satu saya, fikirkan burung ni kenapa tidak dijual dipasar-pasar macam ayam, susah nak dapatkan daging burung ni. Ada yang kata buat sup sedap, ada yang kata goreng dan yang kata sedap masak kurma. Tak taulah, yang pastinya burung ni ada potensi sebab senang dipelihara, reban dia boleh buat bertingkat-tingkat. Dagingnya pun banyak, rajin bertelur, tahan lasak dari penyakit, kos modal dan tempat sudah tentu kecil. Selain dari ternak boleh juga telurnya ditetaskan menggunakan inkubator. Senang yang amat ternak burung ni, tahinya tak busuk.

Mungkin satu hari nanti, bertambah ramai penternak burung ni, dan  akan dijual dipasar-pasar seperti ayam. Bagi peniaga restoran boleh cuba buat Nasi Kukus Puyuh. Hmm...

Punca kekayaan negara

Negara kaya rakyat bahagia. Kunci kekayaan negara terletak pada hasil buminya, kerana dari bumi keluar segala khazanah  secara percuma dan b...