Tuesday, June 11, 2019

MAKLUMAT PEMBAJAAN



PEMBAJAAN
Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.



Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah. 

Terdapat dua kategori baja iaitu: 

a) Baja Organik 
Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya. 

b) Baja Kimia 
Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair.
Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.
Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya. 

Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis:


1. Baja butiran kompaun (compound fertilizer) 

2. Baja tunggal. (single dressing fertilizer) 

Baja kompaun.


Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur.

Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE 

Baja tunggal. 
Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja.
Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)




CARA/TEKNIK PEMBAJAAN




a) Cara taburan 
Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.




b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement) 
Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih.
Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam.
Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.




c) Baja permukaan(Top dressing) 
Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar. 

d) Pembajaan sisi (side dressing) 
Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja. 

e) Pembajaan berpoket (pocket placement) 
Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm. 

f) Penyemburan daun (foliar application)Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN
NUTRIEN
TANDA KEKURANGAN
Nitrogen (N)
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning.
Fosforus (P)
Saiz daun lebih kecil.
Kalium (K)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
Kalsium (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
Magnesium (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
Sulfur (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
Ferum (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.
Mangan (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
Kuprum (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.


PROGRAM PEMBAJAAN BAGI TANAMAN KEKAL / BUAH-BUAHAN / DUSUN

Peringkat Pertumbuhan
Umur Pokok (tahun)
Jenis Baja Sebatian (N:P:K:MG)
Kadar Baja Kg/pkk/tahun
Masa & Cara Membaja
Masa menanam
Baja Asas
CIRP
0.2
Dimasukkan kedalam lubang dan digaul dengan tanah atas. (top-soil)


Baja organik
5-10
Tumbesaran
1
15:15:15 atau
1.0-2.0
Baja sebatian ditabur/ poket/jalur dibawah julai daun 3-4 kali setahun.
Bahan organik ditabur & digaul kedalam tanah,dipangkal pokok sekali setahun.

2
14:13:19:2 atau

3
15:15:6:4


Baja organik
5-10
Berbuah
4
12:12:17:2+TE
2.0
Baja sebatian ditabur/ poket/jalur dibawah julai daun 3-4 kali setahun.
Bahan organik ditabur & digaul kedalam tanah,dipangkal pokok 1-3 kali setahun.

5
atau
2.5

6
12:6:22:3
3.0

7
atau
4.0

>8
13:13:20:2+TE
4.0


Baja Organik
15-30




Kredit: http://puspatani.blogspot.com/2011/03/info-pembajaan.html

Friday, March 8, 2019

Pembaziran kawasan tanah


Salam bahagia,

Hari ini saya nak ketengahkan rasa tidak puas hati terhadap pembaziran tanah yang rata-rata boleh kita lihat dimana-mana. Bayangkanlah, jika seseorang memiliki tanah dalam satu ekar tetapi tidak ada sebarang hasil. Ini merupakan satu pembaziran, sebenarnya tuan-tuan, tanah walaupun satu ekar cukup amat-amat bernilai. Jangan biarkan ia kosong ditumbuhi oleh pokok yang tidak berhasil. Satu ekar jika betul cara pengurusannya ia boleh dijadikan sebagai punca pendapatan dan sara hidup yang mencukupi untuk satu keluarga.



Lagi-lagilah mereka yang dapat tanah pusaka, mulalah gatal tangan nak menjual, ini satu kerugian yang besar. Cuba anda bayangkan, jika tanah ini diusahakan secara bijak, hasilnya mungkin jika dikumpul 10 tahun boleh beli rumah banglo. Jika dijual, duit tersebut tidak dapat bertahan lama, akhirnya habis begitu sahaja. Jika tanah tersebut diusahakan, paling tidak pun ada pendapatan yang tak putus-putus. Dalam erti kata lain, "tanah ini sebenarnya adalah mesin buat duit".



Pada pendapat saya, kebanyakan tuan tanah perlu aktif memanipulasi penggunaan tanah, kebanyakan yang kita tengok satu tapak tanah ada segala macam jenis pokok, contohlah rambutan 1 batang, kelapa 3 batang, pokok pelam, pokok manggis, pokok belimbing, pokok jambu batu dan lain-lain. Jika kita pergi lebih dekat lagi, pokok rambutan sudah tak produktif, pokok kelapa banyak jatuh, tapi bila nak masak beli santan kat kedai juga, pokok pelam berbuah tapi masak gugur jadi sampah. Pokok belimbing bila berbuah semua kemetot, jambu batu bila berbuah oklah, budak-budak, anak cucu suka panjat makan. Bila di kira-kira semula tolak campur kali bahagi, hanya pokok jambu sahaja yang berfaedah. hehe.


Sebenarnya cara penanaman segala macam pokok ini dah tidak sesuai dimasa sekaramg, kalau zaman dahulu lainlah, kedai jauh, hasil pokok pun kalau ada tak dapat dijual sebab peniaga tak ramai, kenderaan pun tak ada. Itulah sebabnya masing-masih tanam untuk keperluan sendiri. Cari duit dengan bersawah dan berkebun getah. Tapi zaman sekarang sudah tidak sesuai lagi, sebab ada tanah tapi makan gaji dibandar, gaji pula kecil, malam buat part time pula. Apa ini sebenarnya. Jadi, jika kita ada tanah kita fikirkanlah semula, apa faedahnya tanah ini. Apa yang kita boleh buat. Katakanlah jika kita lulusan universiti, menjawat jawatan baik dikota. Apa salahnya jika tanah seekar tersebut ditanam pokok getah, boleh juga orang kampung tolong torehkan, Hasil bahagi secara adil. Boleh juga ditanam kelapa, tanam pokok durian dan lain-lain.



Kesilapan yang berlaku contohlah pokok durian, jika diusahakan hasil tak menjadi, buah tak berkualiti dan tak lebat. Puncanya tanam pokok meggunakan biji, memang akan jadi masalah. Kita kena faham pokok durian kalau tanam biji memerlukan masa 10-20 tahun baru ada buah, dan kalau sempat pokok umur 100 tahun -200 tahun barulah betul-betul menjadi buahnya gred1. Ini kita pelu faham. Penyelesaiannya kita tanam pokok kahwin, 4- 6 tahun sudah boleh mengeluarkan hasil, lebat, berkualiti dan gred1 lagi. Teknologi ini dah lama tetapi kita masih tak faham. Oleh sebab itulah negara kita masih lagi mengimport dari thailand untuk keperluan dalam negara. Sekarang negara kita memiliki buah jenis terbaik didunia, iaitu Musang King. Boleh dieksport dan permintaan sangat menggalakkan hingga tidak mencukupi. Di UK harga sebiji durian ialah 50 pound, bayangkan. Untuk dua musim berbuah pendapatannya mungkin cukup sara hidup setahun. 


Dan satu lagi pokok berpotensi besar ialah pokok kelapa Matak. Berbuah lebat dan sentiasa ada pasaran. Buahnya boleh disimpan selama 6 bulan..betul kan? sebiji berapa harganya? 


Kita juga boleh usahakan, berjenis-jenis sayuran, contoh negara kita masih lagi mengimport cili besar dari negara jiran. Kalau nak usaha tak perlu guna tulang 4kerat lagi, sekarang ada jentera... upah sahaja. Dan gajikan pekerja. Macamtulah lebih kurang.... yang penting kita perlu faham bahawa setapak tanah sangat berharga, kerana ia adalah tapak jana pendapatan. Jangan jual atau bazirkan.





Ok, dari pada gambarajah diatas, kita lihat pengurusan tanah satu ekar. Pertama rumah bapa, dibelakang tu kita reservekan untuk rumah anak menantu, satu orang anak perlu ada kalau tidak nanti sunyi , juga boleh membantu bila-bila diperlukan. Depan tu ada satu pondok simple je untuk buat letak hasil kebun bila ada, senang orang lalu lalang boleh nampak dan datang beli atau disedekahkan, jangan lupa letak loceng, nak tunggu tak larat. 



Di belakang lagi adalah kawasan hobi, hobi ni penting, macam-macam boleh buat, nak tanam serai, kunyit ke, atau nak buat gelanggang silat pun boleh. Dibelakang lagi kita buat kebun tempat kerja jana pendapatan, kita boleh maksimumkan tiga jenis tanaman iaitu pokok saka, disulam dengan pokok renek. Di bahagian paling bawah tanam pokok merayap seperti labu, tembikai, keledek atau lain-lain. Haa baru maksimum penggunaan tanah. Yang penting kita perlu berfikir dan merancang. Amacam? ok tak, ini buah fikiran saya sahaja, anda mungkin lebih arif.


Tuesday, February 19, 2019

Cara susun baja kompos


Baja kompos adalah baja percuma yang boleh diolah sendiri. Disembur dengan cecair IMO2 mengandungi microb berguna. Kulat IMO2 akan menghadamkan semua bahan organik dan mereputkannya menjadi baja. Susunan yang lebih sistematik diperlukan supaya semua bahan berjaya menjadi baja. Dibawah ini idea susun tingkat digunakan supaya adanya ruang udara untuk mengaktifkan mikrob dari semua arah. Kelembapan 65% perlu dijaga. Setiap lapisan hendaklah disembur dengan larutan IMO2 supaya lebih cepat proses penghadaman. Kelebihan menggunakan sistem tingkat dimana air yang berlebihan akan turun ke tanah.


Gambarajah x - keterangan detail

Gambarajah Z - pandangan isometrik

Gambarajah Y - susunan 7 tingkat

Selepas siap susunan, baja kompos perlu diselubungi dengan plastik canvas supaya keadaan jadi berkuap. Elakkan dari terkena panas matahari. Sebaiknya susunan berada dibawah atap atau tempat tertutup yang sejuk atau redup.




Monday, February 18, 2019

Memperkenalkan kulat Trichoderma sp

Trichoderma sp


Trichoderma sp adalah sejenis kulat hijau yang membantu dalam usaha pertanian. Trichoderma sp  dapat meyerang dan menghapuskan kulat penyakit atau patogen perosak lain. Kulat ini boleh dibiakkan dan disebatikan dengan tanah kebun agar tanaman terjaga dari anasir penyakit kulat penyakit negatif yang merosak. Kulat ini dapat diambil dari daun buluh. Boleh dijadikan pengawal tumbuhan dari dalam tanah.

Mikoparasitik adalah kemampuan untuk menjadi parasit cendawan lain. Sifat inilah yang dimanfaatkan sebagai biokontrol terhadap jenis-jenis cendawan fitopatogen. Beberapa cendawan fitopatogen penting yang dapat dikendalikan oleh Trichoderma sp.antara lain: Rhizoctonia solani, Fusarium spp, Lentinus lepidus, Phytium spp,Botrytiscinerea, Gloeosporium gloeosporoides, Rigidoporus lignosus danSclerotiumroflsii yang menyerang tanaman jagung, kedelai, kentang, tomat, dan kacang buncis, kubis, cucumber, kapas, kacang tanah, pohon buah- buahan, semak dan tanaman hias (Tandion, 2008).


Silalah mencari informasi untuk jenis kulat ini...sangat bermanafaat.


Tuesday, February 12, 2019

10 Ciri-ciri peniaga atau usahawan berjaya

10 Ciri-ciri peniaga atau usahawan berjaya

Jika anda ingin berniaga, berniaga betul-betul. Asasnya anda perlu bijak dan mesti ikut Standart Operation Procedure (SOP). Jika kita perhatikan, terdapat ramai orang mencuba jadi peniaga, tetapi 97% tewas dipertengahan jalan(Gulung tikar). Masalah utama disebabkan tidak tahu konsep asas dan tidak ada pelanggan.

OK, disini saya share sedikit hasil pemerhatian dan pandangan kenapa ada kedai yang boleh MAJU MAKMUR dan ada kedai yang TUTUP.

Jika kita perhatikan kedai yang maju dan berkembang mempunyai beberapa ciri dan teknik yang hampir sama:

1. Memahami keperluan pelanggan.
2. Bertahan melepasi tempoh 2 tahun.
3. Servis yang cepat dan tidak sambil lewa.
4. Mempunyai strategi.
5. Stok keperluan pelanggan sentiasa ada.
6. Nampak meriah.
7. Suasana yang baik.
8. Mempunyai kaunter bayaran dan cashier sentiasa ada dimeja.

Keterangan: 
@@ Diantara ciri yang  diatas, "kaunter bayaran dan cashier sentiasa ada dimeja" adalah ciri terpenting. Kebanyakan peniaga yang pentingkan ciri ini biasanya cepat maju dan bertahan lama, ia memudahkan pelanggan buat bayaran, dari sudut perasaan satu individu apabila berjaya membuat bayaran ia satu kepuasan. Peniaga yang tidak mementingkan urusan pembayaran sememangnya amat merimaskan pelanggan, ada juga boleh kita jumpa kedai makan selalunya, bila nak bayar terpaksa cari tuan kedai sampai ke dapur.. memang tak patutt. Kedai yang tidak pentingkan ciri kaunter bayaran tidak akan maju. 

@@ Suasana yang mengujakan: Biasanya kedai yang kecil tapi padat lebih disukai pelanggan. Daripada kedai yang besar tetapi nampak kosong. Sesuaikan keluasan supaya nampak padat.

@@ Nampak meriah adalah ciri yang disukai dan menarik pelanggan, kedai janganlah nampak suram, gelap. Ia boleh menyebabkan pelanggan rasa tidak selamat. Mungkin ada ular,  lipas, tikus atau hantu raya. Jadi, secara naluri terang itu disukai. Penggunaan cahaya lampu memainkan peranan penting, seperti mana pasaraya dan kedai mamak biasanya menggunakan lampu yang berlebihan merupakan satu strategi pelaris.

@@ Menjaga stok barangan, stok perlu dijaga agar sentiasa ada. Pelanggan pertama kali mungkin akan menjadi pelanggan tetap. Kalau barang selalu tak ada pelanggan akan lari. Pelanggan tetap adalah satu harta.

@@ Mempunyai strategi. Strategi adalah penting untuk melariskan perniagaan. Ini dinamakan teknik, jika ada 10 teknik yang berkesan perniagaan akan maju. Teknik memerlukan anda berfikir.

@@ Servis yang cepat dan tidak sambil lewa. Tidak ada pelanggan yang suka berlama-lama dalam kedai. dia datang kerana dia perlu. Jika ada pesaing yg lain lebih baik, dia tidak akan datang lagi.

@@ Dua tahun adalah tempoh ujian. Jika peniaga mampu bertahan sehingga 2 tahun menandakan kedainya akan terus hidup. Semangat dan strategi adalah perlu. Peringkat permulaan juallah dahulu goreng pisang dan air yg sedap untuk capai 2 tahun, strategi ini merupakan modal yang murah tetapi memberitahu penduduk setempat keujudan anda. Jika tidak lakupun tidak jadi kerugian besar. Apabila sudah ramai pelanggan barulah ditambah lagi menu.  

@@ Memahami keperluan pelanggan. Jika anda membuka kedai makan, janganlah menggunakan kerusi tidak kukuh dan meja yang nak roboh. Lebih baik gunakan tong yang dibalut. Kerana kerusi yang nak patah jadi sebab pelanggan rasa tidak selamat. Boleh jadi jatuh tergolek atau terbalik. Begitulah juga aspek yang lain seperti pembalut meja buruk, banyak lalat dan lantai penuh daki. Untuk faham kehendak pelanggan anda perlu tanya pendapat pelanggan. Kebanyakan sangat sombong bila ditegur, akibatnya anda rugi satu pendapat yang bernas, atau sesuatu yang orang tidak suka tetapi tiada siapa yang mahu tegur kerana muka macam ketat. Jika kualiti makanan gred C dan air kurang susu tetapi mahu maju, lupakanlah. Cara fikir seperti ini akan menjerut leher anda sendiri. Makanan terbaik, air terbaik dan servis terbaik akan memanggil pelanggan yang terbaik. 

@@ Berdebu dan tidak tersusun adalah tanda awal kedai itu menuju kemalapan dan seterusnya akan tutup. Elakkan keadaan ini. Anda boleh upah sesiapa untuk tugas kebersihan dan kekemasan secara harian atau mingguan. Apabila barang berdebu akan mengubah sikap anda semasa melayan pelanggan, juga mengubah sikap pelanggan supaya tidak beli banyak. 

@@ Akhir sekali - Teknik untung kecil tetapi jualan banyak(Volume sale), walaupun untung kecil tetapi anda dapat ramai pelanggan. Ini lebih baik dari jual mahal tetapi tidak ada pelanggan. Strategi harga murah adalah strategi yang semua orang tahu, tetapi tidak semua orang faham. Kebanyakannya guna strategi harga mahal sebab nak cepat kaya. Kedai Speed99 menggunakan teknik volume sale, walaupun kedainya kecil tetapi cawangannya ada disetiap pelusuk negeri. Dapat anda bayangkan berapa keuntunganya dalam sehari? 

@@&& Ok itu sahaja kesimpulannya kalau anda mahu berniaga, berniagalah cara terbaik dan bersetrategi. 10 pesanan diatas jadikanlah peringatan. Tidak kira apa kategori perniagaan anda dan apa produk anda. 10 pesanan diatas semuga dapat membantu.  

=Sila like and share ilmu yang bermanafaat ini. 
https://pokoksubur.blogspot.com/

Punca kekayaan negara

Negara kaya rakyat bahagia. Kunci kekayaan negara terletak pada hasil buminya, kerana dari bumi keluar segala khazanah  secara percuma dan b...